Home Koronavirus Covid-19: 9,066 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

Covid-19: 9,066 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

0
Covid-19: 9,066 kes baharu, Sarawak masih tertinggi

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu Covid-19 mencatat penurunan kepada 9,066 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 10,915 kes pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu berkenaan menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah sebanyak 2,277,565 kes.

Menurutnya, Sarawak adalah negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,418 kes, diikuti Selangor (1,000), Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670).

“Bagi negeri Perak, sebanyak 669 kes direkodkan diikuti dengan Pahang (630), Pulau Pinang (620), Melaka (206), Kuala Lumpur (201) dan Negeri Sembilan (191).

“Perlis pula merekodkan 66 kes dan Putrajaya 24 kes manakala Labuan kosong kes,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Ahad.

AKAN MENYUSUL

Sehingga 3 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,066 kes (2,277,565 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor – 1,000 (681,616)

Sarawak – 1,418 (215,576)

Sabah – 767 (200,396)

Johor – 981 (199,167)

WPKL – 201 (186,721)

Kedah – 670 (136,789)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 3, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here