Home Koronavirus Covid-19: 9 kematian baharu, 2 BID

Covid-19: 9 kematian baharu, 2 BID

0
Covid-19: 9 kematian baharu, 2 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak sembilan kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, dua kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan ialah 32,043 orang daripada 2.9 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut laman sesawang CovidNow, purata 35 daripada 10 juta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu ini.

Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan 80 kematian, diikuti Johor (61) dan Melaka (54).

Sementara itu, terdapat 74,561 kes aktif Covid-19 di seluruh negara, dengan 65,566 individu atau 87.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,695 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 4,165 kes dirawat di hospital dan 135 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kadar penggunaan katil di ICU setakat ini ialah 50.7 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 33.8 peratus.

Setakat Isnin, KKM merekodkan 11,034 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 2,925,254.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here