Home Koronavirus 53.3 peratus terima dos penggalak

53.3 peratus terima dos penggalak

0
53.3 peratus terima dos penggalak

KUALA LUMPUR – Seramai 12,473,139 individu dewasa atau 53.3 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data di laman web COVIDNOW, sejumlah 22,930,943 individu atau 98 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan dua dos vaksinasi, manakala 23,206,202 individu atau 99.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,792,265 atau 88.7 peratus daripada populasi kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,869,845 individu atau 91.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 119,543 dos diberikan semalam meliputi 9,321 dos pertama, 2,188 dos kedua dan 108,034 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 64,108,866 dos.

Sementara itu menurut portal Github Kementerian Kesihatan sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan empat di Perak dan satu masing-masing di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here