Home Koronavirus Covid-19: 75.9 peratus rakyat Malaysia lengkap vaksinasi

Covid-19: 75.9 peratus rakyat Malaysia lengkap vaksinasi

0
Covid-19: 75.9 peratus rakyat Malaysia lengkap vaksinasi

KUALA LUMPUR – Seramai 24,791,677 individu atau 75.9 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.

Berdasarkan data portal CovidNow, 78.4 peratus atau 25,593,015 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 22,286,520 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa pula telah menerima dua dos suntikan vaksin.

Manakala seramai 22,858,958 atau 97.6 peratus daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2,505,157 individu atau 79.6 peratus telah melengkapkan dua dos dan 2,734,057 individu atau 86.9 peratus mendapat satu dos.

Sementara itu, data kemajuan program imunisasi mengikut negeri bagi populasi keseluruhan menunjukkan hanya Kedah, Terengganu, Pahang, Kelantan dan Sabah masih merekodkan kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.

Terdapat pertambahan 55,703 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 51,138,954 dos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here