Home Koronavirus Covid-19: 55 kes kematian direkodkan

Covid-19: 55 kes kematian direkodkan

0
Covid-19: 55 kes kematian direkodkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 55 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Menurut data KKM di portal CovidNow, ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 29,631 daripada 2,535,573 kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sebanyak 11 daripada 55 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 65,319 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 50,862 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Manakala seramai 8,196 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 5,734 kes dirawat di hospital dan 527 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 250 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 277 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here