Home Koronavirus Covid-19: 7,140 kes baharu, 14,423 sembuh

Covid-19: 7,140 kes baharu, 14,423 sembuh

0
Covid-19: 7,140 kes baharu, 14,423 sembuh

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 7,140 kes baharu Covid-19 pada Isnin menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,396,165.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 6,876 kes tempatan dan 264 kes import.

“Bagi kes tempatan sebanyak 6,594 melibatkan warganegara dan 282 bukan warganegara. Kes import pula 206 warganegara dan 58 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Tambah beliau, sebanyak 110 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 53.

Kata Dr Noor Hisham, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 68 kes dilaporkan dengan 37 kes disahkan Covid-19 dan 31 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

“Pada masa sama, terdapat juga kes-kes Covid-19 berisiko tinggi dari kategori satu dan dua yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

“Pada 18 April 2022, sebanyak 308 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori 171 kes (55.5 peratus) adalah kategori tiga hingga lima; 137 kes (44.5 peratus) adalah kategori satu dan dua,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 14,423 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,264,127 kes setakat ini.

Pada masa sama, tiada negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here