Home Koronavirus Covid-19: 16 kematian baharu, 4 kes BID

Covid-19: 16 kematian baharu, 4 kes BID

0
Covid-19: 16 kematian baharu, 4 kes BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 16 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 35,437.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,496 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak enam orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak dan Perlis menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 12 kematian, diikuti Melaka dengan 10 dan Kedah (sembilan).

KKM turut merekodkan 7,140 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,396,165.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 52.5 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 31.6 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here