Home Koronavirus Covid-19: 64 kematian baharu, 18 BID

Covid-19: 64 kematian baharu, 18 BID

0
Covid-19: 64 kematian baharu, 18 BID

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 64 kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Menurut data laman sesawang CovidNow, daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan Covid-19 adalah sebanyak 34,664.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,302 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 26 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 59 kematian, diikuti Kedah dengan 49 dan Melaka (46).

KKM turut merekodkan 24,316 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,079,242.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.4 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 34.9 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here