Home Koronavirus Covid-19: 24,316 kes baharu, 25,512 sembuh

Covid-19: 24,316 kes baharu, 25,512 sembuh

0
Covid-19: 24,316 kes baharu, 25,512 sembuh

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 24,316 kes baharu Covid-19 pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,079,242.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 24,019 kes tempatan dan 297 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 13,299 kes atau 54.69 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 10,865 kes atau 44.68 peratus adalah pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 75 kes (0.31 peratus), kategori empat dengan 32 kes (0.13 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 45 kes (0.19 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 152 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 43 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“61 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 48 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 81 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 76 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada kes melibatkan ibu mengandung,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak empat kluster baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 251.

“Sebanyak 321 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 139 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 182,” katanya.

Jelas beliau, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 194 kes dilaporkan dengan 90 kes disahkan Covid-19 dan 104 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 25,512 kes sembuh, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 3,796,975 setakat ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here