Home Koronavirus Covid-19: 4,576 kes baharu, 10 kematian

Covid-19: 4,576 kes baharu, 10 kematian

Covid-19: 4,576 kes baharu, 10 kematian

SHAH ALAM – Sebanyak 4,576 kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara pada Khamis dengan 11 daripadanya merupakan kes import, menjadikan kes keseluruhan Covid-19 kepada 4,602,379.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak 10 kematian direkodkan pada Khamis dengan lima daripadanya melibatkan kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kepada sebanyak 35,888.

Kes sembuh dicatatkan pada Khamis pula ialah sebanyak 2,652 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,556,938 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 47,409 dengan 45,856 atau 96.7 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Jumlah yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) ialah 39 pesakit sementara di hospital (1,451) dengan 63 daripadanya berada unit rawatan rapi (ICU).

Seramai 31 pesakit yang dimasukkan ke ICU memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 32 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here