Home Koronavirus Covid-19: 42 kes positif libatkan Kluster Rapak di Ranau

Covid-19: 42 kes positif libatkan Kluster Rapak di Ranau

0
Covid-19: 42 kes positif libatkan Kluster Rapak di Ranau

KOTA KINABALU – Lima lagi kes baharu dikesan melibatkan Kluster Rapak di Ranau pada Khamis menjadikan jumlah kes positif Covid-19 bagi kluster itu ialah 42, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata, kluster itu disyaki berpunca daripada aktiviti membabitkan sekumpulan individu di gerai sewa berdekatan simpang masuk Kampung Rapak dengan kes indeks merupakan seorang wanita berumur 81 tahun.

“Beberapa siri saringan kontak rapat dijalankan pada 31 Ogos hingga 4 September berjaya mengesan 21 kes positif, sebelum saringan kontak rapat diteruskan pada 8 September dan mendapati 20 kes lagi menjadikan jumlah kumulatif positif sebanyak 42 kes termasuk lima kes baharu hari ini,” menurutnya dalam kenyataan malam Khamis.

Masidi berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 2,298 kes baharu direkodkan pada Khamis sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah meningkat kepada 167,737 kes.

Beliau berkata, 3,154 pesakit Covid-19 di Sabah sembuh dan dibenar keluar hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) pada Khamis menjadikan jumlah kumulatif sembuh 141,230 orang, manakala 4,995 pesakit masih menerima rawatan.

Sebanyak 22 kematian dilaporkan masing-masing tiga kes di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kudat, masing-masing dua kes di Penampang, Semporna, Keningau dan Kota Kinabalu serta masing-masing satu kes di Tenom dan Ranau. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here