Home Koronavirus Covid-19: 367 kes baharu, 9 kematian direkod

Covid-19: 367 kes baharu, 9 kematian direkod

0
Covid-19: 367 kes baharu, 9 kematian direkod

367 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 367 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak sembilan kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36, 901 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 11, 372 kes dengan 10, 846 atau 95.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 502 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital.

Sejumlah 24 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 12 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh yang direkodkan pula sebanyak 398 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4, 983, 170 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here