Home Koronavirus Covid-19: 3,490 kes baharu, enam kematian direkod

Covid-19: 3,490 kes baharu, enam kematian direkod

0
Covid-19: 3,490 kes baharu, enam kematian direkod
Malaysia merekodkan 3,490 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 3,490 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan tiga daripadanya merupakan kes import sekali gus menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 42,767.

Portal CovidNow melaporkan, 96.4 peratus atau 41,212 kes Covid-19 kini merupakan individu yang dikuarantin di rumah manakala 26 kes berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data tersebut turut menyatakan, 1,454 kes Covid-19 dirawat di hospital dengan 75 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Sebanyak 3,193 kes sembuh direkodkan dengan jumlah kumulatif 4,673593.

Manakala enam kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 36,130 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here