KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,297 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara sebanyak 283,569 setakat ini, selain lima lagi kematian dilaporkan akibat pandemik itu dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes sembuh harian pula terus mencatatkan jumlah lebih tinggi berbanding kes positif harian iaitu 4,456 kes hari ini menjadikan jumlah sembuh keseluruhan hingga kini sebanyak 249,209 kes.
Katanya kes aktif pula setakat ini ialah sebanyak 33,304 kes.
AKAN MENYUSUL
Status Terkini #COVID19, 21 Februari 2021
Kes sembuh=4,456
Jumlah kes sembuh=249,209 kes
Kes baharu positif=3,297 kes
Jumlah positif=283,569
Kes kematian=5
Jumlah kes kematian=1,056 kes
Kes dirawat di ICU=209 kes
Bantuan Alat Pernafasan=91 pic.twitter.com/Y2MxpPRppH
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) February 21, 2021