Home Koronavirus Covid-19: 31,490 kes baharu, 29,035 sembuh

Covid-19: 31,490 kes baharu, 29,035 sembuh

0
Covid-19: 31,490 kes baharu, 29,035 sembuh

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 31,490 kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 3,680,953.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 31,017 kes tempatan dan 473 kes import.

Ujar beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 31,315 kes yang dilaporkan atau 99.44 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala serta bergejala ringan, manakala sebanyak 175 kes atau 0.56 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak sebanyak 12,692 kes atau 40.30 peratus adalah daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 18,623 kes atau 59.14 peratus adalah pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga, terdapat 62 kes (0.2 peratus), kategori empat dengan 52 kes (0.17 peratus) dan bagi kategori lima adalah sebanyak 61 kes (0.19 peratus),” katanya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 175 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 39 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“90 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak. Sebanyak 46 kes pula sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 107 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. 43 kes lagi mempunyai komorbid dan tiga melibatkan kes ibu mengandung.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 11 kluster baharu direkodkan pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 445.

“Sebanyak 373 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 153 daripadanya disahkan Covid-19 manakala kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan pula adalah sebanyak 220,” katanya.

Jelas beliau, bagi kes memerlukan bantuan pernafasan pula, sebanyak 223 kes dilaporkan dengan 94 kes disahkan Covid-19 dan 129 lagi kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan negara merekodkan sebanyak 29,035 kes sembuh pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kepada 3,340,889 kes setakat ini.

Dalam masa sama, enam negeri mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan Kelantan mendahului sebanyak 73 peratus, Kuala Lumpur (65 peratus), Johor (63 peratus), Selangor (61 peratus), Perak (55 peratus) dan Putrajaya (50 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here