Home Koronavirus Covid-19: 175 kes baharu kategori tiga hingga lima

Covid-19: 175 kes baharu kategori tiga hingga lima

0
Covid-19: 175 kes baharu kategori tiga hingga lima

KUALA LUMPUR – Sebanyak 175 daripada 31,490 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga hingga lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, baki 31,315 kes baharu pula terdiri daripada kategori satu dan dua sekali gus menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 negara berjumlah 3,680,953 manakala 29,035 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,340,889.

“Daripada 175 kes Covid-19 kategori tiga hingga lima itu, 39 kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 90 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak.

“Sebanyak 46 kes pula telah menerima dos penggalak manakala 107 kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 43 kes mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 negara hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 1,967 kes Covid-19 dimasukkan ke hospital pada Selasa melibatkan 691 kes kategori tiga hingga lima dan 1,276 kes kategori satu dan dua.

Beliau berkata, sebanyak 373 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 223 kes memerlukan bantuan pernafasan sekali gus menjadikan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan kini adalah 25 peratus.

Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU, Dr Noor Hisham memaklumkan enam negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih, iaitu Kelantan (73), Kuala Lumpur (65), Johor (63), Selangor (61); Perak (55) dan Putrajaya (50).

Beliau memberitahu, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 negara kini ialah 1.07 dengan Sarawak mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.36 diikuti Kuala Lumpur (1.26), Terengganu (1.17), Perak (1.16) dan Negeri Sembilan (1.11).

– Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here