PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 kekal melebihi 2,000 selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 2,875 kes baharu dan tujuh kes kematian pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif 384,688 kes.
Menurutnya, Kelantan melaporkan 662 kes diikuti Selangor (633), Sarawak (474), Kuala Lumpur (332), Sabah (160), Johor (169), Pulau Pinang (144), Pahang (29), Melaka (42), Kedah (91), Negeri Sembilan (55) dan Perak (49).
AKAN MENYUSUL