Home Koronavirus Covid-19: 2,720 kes baharu, tiga kematian direkod

Covid-19: 2,720 kes baharu, tiga kematian direkod

0
Covid-19: 2,720 kes baharu, tiga kematian direkod

KUALA LUMPUR: Jangkitan kes baharu Covid-19 menurun kepada 2,720 pada Ahad berbanding 4,816 pada hari sebelumnya.

Ia menjadikan jumlah kes baharu harian bertambah kepada 4.651 juta kes sejak pandemik melanda negara.

Menurut data KKM di portal CovidNow, tiga kematian pula dilaporkan termasuk dua kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Kes aktif Covid-19 dalam negara mencatatkan penurunan sebanyak 1,295 kes dengan jumlah terkini 48,252 kes.

96.6 peratus daripada kes aktif atau 46,632 sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,542 kes dirawat di hospital dengan 54 kini ditempatkan di wad ICU.

32 daripada memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 4,012 kes sembuh.

Setakat ini 49.5 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan dos penggalak. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here