Home Rasuah Busters ‘Nak sebut rasuah pun, tidak sedap telinga mendengar’

‘Nak sebut rasuah pun, tidak sedap telinga mendengar’

0
‘Nak sebut rasuah pun, tidak sedap telinga mendengar’

SHAH ALAM – “Nak sebut perkataan rasuah pun, tidak sedap telinga mendengar.” Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Datuk Khadijah Ibrahim berhubung tindakan sesetengah individu yang terlibat dengan pelakuan rasuah.

Mementingkan nilai integriti, beliau memberitahu bahawa budaya rasuah jauh sekali daripada hidupnya, bahkan beliau tidak pernah sesekali berminat untuk mengambil tahu mengenai perbuatan terbabit.

Khadijah dalam masa sama turut mengingatkan bahawa perbuatan rasuah boleh memberikan kesan dan impak yang besar bukan hanya kepada pelaku, bahkan turut memberi pengaruh tidak baik kepada ahli keluarga.

“Waktu ini memang kita tidak akan nampak tetapi jangan lupa bila kita mati nanti anak-anak kita makan duit tadi (rasuah),” katanya ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM) anjuran Sinar Harian pada Isnin.

Beliau bagaimanapun turut menasihati orang ramai supaya tidak menuduh seseorang itu terlibat dengan rasuah sekiranya tidak mempunyai sebarang bukti.

“Dalam Islam pun ada beritahu kita harus nampak dengan mata kita sendiri. Kita tidak boleh menuduh. Bila menuduh sudah dikira berdosa,” katanya.

Menerusi program sama, Khadijah turut berkongsi kisah perjalanan hidupnya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

Walaupun penampilannya lebih dikenali dalam bidang seni, beliau memberitahu gemar memberikan motivasi terutama kepada mana-mana pihak yang lebih suka mengeluh terhadap nasib dan keadaan yang menimpa mereka.

“Saya akan beritahu mereka kalau saya ini bukan Khadijah Ibrahim dan terpaksa menjual nasi lemak di tepi jalan, saya akan lakukan.

“Ini kerana kita tahu apa kredibiliti kita. Apa yang kita boleh lakukan,” kongsinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here