Home Koronavirus Covid-19: 269 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

Covid-19: 269 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

0
Covid-19: 269 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

Sebanyak 269 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam negara pada Ahad apabila tiga daripadanya merupakan kes import.

SHAH ALAM – Sebanyak 269 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam negara pada Ahad apabila tiga daripadanya merupakan kes import menjadikan kes keseluruhan kepada 5,036,140.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian direkodkan pada Ahad.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal 36,940.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah sebanyak 285 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,989,720 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan sebanyak 9,480 dengan 9,088 atau 95.9 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Setakat Ahad, sebanyak kes masih aktif dilaporkan, termasuk 21 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pesakit yang ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 371 pesakit dirawat di hospital.

Manakala 21 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here