SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 terus mencatatkan angka melebihi 20,000 apabila sebanyak 20,670 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,384,353 kes.
Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 6,606 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,028 kes) ; Kedah (1,796 kes).
AKAN MENYUSUL