Home Koronavirus Nadma teliti cadangan penjawat awam bantu KKM di PKRC

Nadma teliti cadangan penjawat awam bantu KKM di PKRC

0
Nadma teliti cadangan penjawat awam bantu KKM di PKRC

KOTA BHARU – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan membincangkan cadangan supaya penjawat awam dari agensi lain dapat membantu kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di seluruh negara.

Ketua Pengarah Nadma, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, pihaknya akan membincangkan cadangan berkenaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga kerajaan negeri.

Menurut beliau, jumlah kakitangan di PKRC mencukupi semasa peringkat awal penularan Covid-19 sebelum ini, namun sejak PKRC ditambah dari masa ke masa, maka jumlah kakitangan juga perlu diteliti kembali.

“Oleh itu, antara ideanya ialah berbincang dengan JPA dan kerajaan negeri untuk menggunakan penjawat awam (agensi dan jabatan lain) yang sekarang bekerja dari rumah untuk digerakkan di kawasan yang memerlukan bantuan.

“Sekurang-kurangnya kakitangan perubatan boleh tumpu urusan perubatan, manakala tugasan perkeranian dan pengurusan boleh minta rakan-rakan daripada perkhidmatan lain untuk membantu,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau hadir meninjau PKRC Dewan Jubli Perak di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama melalui tinjauan yang dilakukan di PKRC berkenaan Aminuddin berkata, seramai 30 hingga 50 kakitangan tambahan diperlukan bagi membantu PKRC di negeri ini.

“Saya akan bincang dengan JPA dan kerajaan negeri Kelantan berkenaan keperluan tambahan petugas untuk bantu di PKRC,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here