Home Koronavirus Covid-19: 1,942 kes baharu, 6 kematian

Covid-19: 1,942 kes baharu, 6 kematian

0
Covid-19: 1,942 kes baharu, 6 kematian
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 1,942 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa menjadikan keseluruhan jangkitan wabak tersebut berjumlah 4,808,896.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, enam kes kematian baharu akibat Covid-19 turut dilaporkan menjadikan kumulatif kesnya 36,291.

Bagaimanapun tiada kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead dicatatkan.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula kini sebanyak 25,693 dengan 24,431 atau 95.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 11 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala 1,189 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 62 daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Dalam pada itu, seramai 39 pesakit memerlukan bantuan pernafasan manakala 2,276 direkodkan sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here