PUTRAJAYA – Kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat sekali lagi kepada 19,307 dengan Sarawak kekal negeri tertinggi iaitu 3,118 kes harian hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 1,919,774 kes.
Tujuh lagi negeri merekodkan bilangan kes empat angka adalah Selangor ( 2,700), Johor (2,032), Sabah (2,298), Pulau Pinang (2,243), Kedah (1,355), Kelantan (1,438) dan Perak (1,341).
“Negeri Sembilan ( 207), Pahang (661), WPKL (513), Terengganu (910), WP Labuan (15), WP Putrajaya (28), Perlis (108),” ciapnya di Twitter.
AKAN MENYUSUL