Home Koronavirus Covid-19: 17,672 kes baharu, turun tiga hari berturut-turut

Covid-19: 17,672 kes baharu, turun tiga hari berturut-turut

Covid-19: 17,672 kes baharu, turun tiga hari berturut-turut

PUTRAJAYA – Kes harian positif Covid-19 terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes dilaporkan pada Isnin.

Penurunan angka kes positif Covid-19 di bawah 20,000 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Sabtu lalu.

Selangor melaporkan 4,316 kes, diikuti Sabah (2,474), Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

Perak (952), Pahang (506), Terengganu (470), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan jumlah itu menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah 1,572,765 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here