Home Koronavirus Covid-19: 1,712 kes baharu, dua kematian

Covid-19: 1,712 kes baharu, dua kematian

0
Covid-19: 1,712 kes baharu, dua kematian
KKM merekodkan sebanyak 1,712 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import. (Gambar hiasan) – Foto 123rf

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,712 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,828,903.

Berdasarkan data KKM di portal CovidNow, dua kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan termasuk satu kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,417.

Terdapat 36 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here