Home Koronavirus Covid-19: 164 kes baharu, satu kematian

Covid-19: 164 kes baharu, satu kematian

0
Covid-19: 164 kes baharu, satu kematian

Malaysia mencatatkan 164 kes baharu Covid-19 pada Ahad.

SHAH ALAM – Sebanyak 164 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian direkodkan pada Ahad.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, kematian itu tidak melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia meningkat kepada 36,967.

Sementara itu, daripada kesemua kes baharu yang dicatatkan, dua adalah kes import.

Dengan pertambahan kes baharu itu juga kes aktif Covid-19 yang direkodkan kini berjumlah 9,204 kes.

Sebanyak 8,888 kes atau 96.6 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah manakala 314 pesakit lagi ditempatkan di hospital.

Terdapat dua kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU), namun tiada pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.