Home bajet2022 Belanjawan 2023 tak tangani masalah peneroka Felda secara menyeluruh

Belanjawan 2023 tak tangani masalah peneroka Felda secara menyeluruh

0
Belanjawan 2023 tak tangani masalah peneroka Felda secara menyeluruh

Tan Sri Muhyiddin Yassin

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Belanjawan 2023 tidak menangani masalah peneroka Felda secara menyeluruh.

Menurut beliau, antaranya adalah berkaitan isu perumahan untuk generasi kedua dan isu pelupusan hutang peneroka.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Belanjawan 2023 itu langsung tidak menyentuh perihal lain berkenaan dengan masalah peneroka Felda.

“Rumah generasi kedua, ketiga dan sebagainya dan masalah-masalah lain, itu tidak disebut langsung. Mungkin kerana dalam PRU15 hampir sebahagian besar daripada pengundi di Felda menyokong Perikatan Nasional (PN),” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Kerajaan terdahulu pada Julai 2021 telah meluluskan penghapusan hutang Peneroka Felda keseluruhannya bernilai RM8 bilion.

Ini termasuk pinjaman untuk latihan penanaman semula (92,441 peneroka), baja (52,180 peneroka), saham FGV Holdings Bhd (38,043 peneroka), dan modal pembangunan (6,711 peneroka).

Pelupusan itu mengurangkan beban pinjaman kepada peneroka sebanyak 80 peratus.

Menurut Muhyiddin, pelupusan hutang peneroka Felda itu tidak akan beri kesan besar kepada aliran tunai agensi itu.

“Saya nak ingatkan jangan aniaya mereka. Mereka manusia, mereka nak hidup, keadaan mereka susah. Apa lah buat hal-hal sebegini?” soalnya.