PUTRAJAYA – Angka kes baharu harian Covid-19 di Malaysia terus mencatatkan penurunan di bawah 2,000 dengan 1,448 kes direkodkan pada Rabu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak lima kes kematian dilaporkan.
Terdapat 18,010 kes aktif dengan 72 daripada 151 pesakit dirawat di unit penjagaan rapi (ICU).
Sementara itu, 2,137 kes sembuh direkodkan.