Home Koronavirus 585 vaksin Pfizer-BioNTech dipulangkan semula kerana rosak

585 vaksin Pfizer-BioNTech dipulangkan semula kerana rosak

0
585 vaksin Pfizer-BioNTech dipulangkan semula kerana rosak

REMBAU – Sebanyak 585 bebuli vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech yang diterima Malaysia sebelum ini dipulangkan semula kerana didapati telah rosak.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dos vaksin tersebut rosak semasa perjalanan dari kilang di Belgium ke Malaysia.

“Kita dapati semasa dalam perjalanan dari kilang di Belgium ke Malaysia, suhu penyimpanan vaksin tersebut telah berubah.

“Suhu penyimpanan suhu telah meningkat daripada -70 kepada suhu yang tidak boleh diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi kita telah pulangkan semula kepada Syarikat Pfizer,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin di Klinik Kesihatan Rembau di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata, jumlah yang dipulangkan itu bagaimanapun masih kecil berbanding lebih 500,000 dos vaksin yang diterima sebelum ini.

Beliau berkata, pihak syarikat akan menggantikan dos vaksin rosak itu dengan yang baharu.

Tempat penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech mRNA bagi Covid-19 memerlukan suhu yang sejuk melampau pada takat -70 darjah celsius bagi mengekalkan penghantaran rantaian sejuk beku untuk mengekalkan potensi keberkesanannya apabila digunakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here