Home Koronavirus Covid-19: 1,300 kes baharu, lima kematian

Covid-19: 1,300 kes baharu, lima kematian

Covid-19: 1,300 kes baharu, lima kematian

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa merekodkan 1,300 kes baharu Covid-19 dengan lima kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 353,329.

“Jumlah keseluruhan kes kematian berkaitan Covid-19 pula adalah 1,300,” katanya menerusi laman Twitter.

Menurutnya, terdapat 14,161 kes aktif di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 189 kes dirawat di hospital rawatan rapi termasuk 88 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau berkata, jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 1,412 kes.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 337,868 kes bersamaan 95.6 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai jangkitan baharu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 24 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kes penularan dalam negara pula adalah 1,276 melibatkan 918 rakyat tempatan dan 358 orang warga asing,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Status Terkini #COVID19, 6 April 2021

Kes sembuh= 1,412

Jumlah kes sembuh= 337,868

Kes baharu positif= 1,300 (1,276 tempatan, 24 import)

Jumlah positif= 353,329

Kes kematian= 5

Jumlah kes kematian= 1,300

Kes dirawat di ICU= 189

Bantuan Alat Pernafasan= 88 pic.twitter.com/4m02gbVQsr

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) April 6, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here