Home Koronavirus Covd-19: Sabah salur lebih RM97 juta bantuan tunai

Covd-19: Sabah salur lebih RM97 juta bantuan tunai

0
Covd-19: Sabah salur lebih RM97 juta bantuan tunai

TUARAN – Sebanyak 324,573 rakyat yang terjejas akibat penularan Covd-19 di Sabah telah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin Covd-19 membabitkan RM97.37 juta sehingga semalam (Isnin), kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, dalam tempoh berkenaan sebanyak 296,638 bakul makanan telah disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik itu.

“Pengagihan pelbagai bantuan ini membuktikan kerajaan negeri komited membantu rakyat daripada pelbagai aspek bagi memulihkan kehidupan yang terjejas berikutan penularan pandemik Covd-19,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan rakyat negeri Sabah menerima bantuan tunai sekali bayar RM300 melalui Bantuan Prihatin Covd-19 2.0 sejak 29 Januari lepas.

Hajiji berkata, pada tahun lepas kerajaan negeri menyalurkan peruntukan segera RM50 juta bagi membantu rakyat terjejas akibat pandemik itu dan memperuntukkan RM160 juta untuk Bantuan Prihatin Covd-19. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here