Home Koronavirus Covid-19: 1,278 kes baharu, dua kematian direkodkan

Covid-19: 1,278 kes baharu, dua kematian direkodkan

0
Covid-19: 1,278 kes baharu, dua kematian direkodkan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,278 kes baharu menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini adalah 4,454,113.

Menurut data di portal CovidNow, daripada kes yang dilaporkan, tiga kes merupakan kes import jangkitan dari luar negara.

Sementara itu, dua kes kematian baharu direkodkan akibat Covid-19 setakat tengah malam Khamis.

Daripada jumlah tersebut, tiada kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 35,569 orang daripada 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 27,454 kes aktif Covid-19 di seluruh negara melibatkan seramai 26,407

individu dikuarantin di rumah manakala 17 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan 964 kes dirawat di hospital dan 66 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 30 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 36 lagi memerlukan mesin ventilator.

Selain itu juga, 2,599 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini 4,391,090.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here