Home Koronavirus Covid-19: 12,105 kes baharu, hanya 95 kategori 3 hingga 5

Covid-19: 12,105 kes baharu, hanya 95 kategori 3 hingga 5

0
Covid-19: 12,105 kes baharu, hanya 95 kategori 3 hingga 5

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,105 kes baharu Covid-19 pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 4,083,183 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah berkenaan melibatkan 12,062 kes tempatan dan 43 kes import.

“Bagi pecahan daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,623 kes atau 54.71 peratus daripada pesakit Covid-19 kategori satu, sementara 5,387 kes atau 44.51 peratus pesakit kategori dua.

“Bagi kategori tiga terdapat 40 (0.33 peratus), kategori empat dengan 17 kes (0.14 peratus) dan bagi kategori lima adalah 38 kes (0.31 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan 95 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 28 kes dilaporkan tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

“Sementara 30 kes pula sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi tidak menerima dos penggalak, manakala 37 kes telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 51 kes melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas manakala 57 kes lagi mempunyai komorbid dan tiada kes melibatkan ibu mengandung,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada kluster baharu direkodkan pada Rabu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif sebanyak 151.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, negara merekodkan sebanyak 21,029 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif kepada 4,083,183 kes setakat ini.

Dalam masa sama, hanya negeri Selangor mencatatkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus bagi katil kes kritikal atau ICU dengan 55 peratus pada Rabu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here