Home Koronavirus 36 lagi kematian akibat Covid-19

36 lagi kematian akibat Covid-19

0
36 lagi kematian akibat Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 36 kes kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, sembilan kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Berdasarkan data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,228 orang daripada lebih empat juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Negeri Selangor mencatatkan kematian tertinggi dengan sembilan kematian diikuti Perak dan Sarawak masing-masing (lima) serta Johor dan Pulau Pinang (empat).

Selain itu, sejumlah 157,571 kes aktif Covid-19 telah direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 153,859 individu dikuarantin di rumah manakala 341 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 3,174 dimasukkan ke hospital.

Data tersebut juga menunjukkan sejumlah 197 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut sebanyak 89 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 108 kes memerlukan mesin ventilator.

Sejumlah 16,603 kes sembuh juga turut direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here