Home Koronavirus Covid-19: 1,116 kes baharu, lima kematian

Covid-19: 1,116 kes baharu, lima kematian

0
Covid-19: 1,116 kes baharu, lima kematian

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam di negara ini menurun kepada 1,116 kes berbanding 1,327 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes baharu berkenaan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah 334,156 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu hari ini, 1,108 kes merupakan penularan dalam negara manakala lapan kes import.

“Kes sembuh harian pula adalah 1,495 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh setakat hari ini sebanyak 318,784 kes,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 pada Isnin.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 156 kes pula dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 60 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurutnya, pada Isnin lima kematian dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif maut akibat pandemik itu kini 1,238 orang.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here