Home Koronavirus Covid-19: 1,038 kes baharu, sembilan kematian

Covid-19: 1,038 kes baharu, sembilan kematian

0
Covid-19: 1,038 kes baharu, sembilan kematian

Malaysia merekodkan sebanyak 1,038 kes baharu Covid-19 pada Selasa. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Malaysia merekodkan sebanyak 1,038 kes baharu Covid-19 pada Selasa dengan dua daripadanya merupakan kes import.

Angka baharu itu menjadikan keseluruhan kes aktif adalah sebanyak 17,547.

Menurut data di portal KKMNOW, sebanyak 93.3 peratus atau 16,378 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat dalam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,100 kes Covid-19 menerima rawatan di hospital dan 69 di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, kes sembuh sebanyak 1,456 menjadikan kumulatif berkenaan adalah 4,958,158.

Pada masa sama, negara juga turut mencatatkan sembilan kematian terbaharu dengan tiga daripadanya merupakan kematian luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Jumlah itu sekali gus menjadikan keseluruhan kes kematian adalah sebanyak 36,778.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here