Home Koronavirus CAC: Selangor bantu sediakan sukarelawan, kemudahan

CAC: Selangor bantu sediakan sukarelawan, kemudahan

0
CAC: Selangor bantu sediakan sukarelawan, kemudahan

SHAH ALAM – Selangor akan berusaha membantu menangani masalah kesesakan di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berada di bawah seliaan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) di Stadium Malawati di sini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan twitter pada Ahad berkata, pihaknya akan berusaha membantu dari segi penyediaan sukarelawan dan pelbagai kemudahan yang diperlukan bagi tujuan itu.

Beliau berkata, sebagai permulaan kerajaan negeri akan memasang khemah di luar CAC untuk kemudahan pesakit dan petugas pusat berkenaan.

Katanya, beliau juga telah memanggil mesyuarat bersama JKNS untuk membincangkan koordinasi dan ruang penambahbaikan yang boleh dilaksana bersama.

“Saya difahamkan JKNS kini mengalami masalah kekurangan petugas,” katanya. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Kesesakan CAC untuk penilaian harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here