Home Koronavirus Belum ada vaksin untuk kanak-kanak bawah 5 tahun: Khairy

Belum ada vaksin untuk kanak-kanak bawah 5 tahun: Khairy

0
Belum ada vaksin untuk kanak-kanak bawah 5 tahun: Khairy

SHAH ALAM – Masih belum ada vaksin Covid-19 yang diluluskan bagi digunakan kepada golongan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berharap akan ada bukti daripada ujian klinikal yang boleh dikemukakan supaya Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dapat menilai perkara tersebut.

“Setakat ini belum lagi ada vaksin yang diluluskan untuk golongan lima tahun ke bawah. Jadi, bagi golongan ini, mana boleh kita gunakan pendekatan kesihatan awam yang lain.

“Kadang-kadang mereka pun tidak sesuai pakai penutup muka. Jadi kita sendiri kena betul-betul lindungi mereka. Ibu bapa kena fikir dahulu untuk bawa mereka ke tempat sesak dan awam.

“Ini adalah langkah pencegahan yang perlu dilakukan,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan peralihan ke endemik yang disiarkan secara langsung menerusi beberapa platform media sosial, pada Rabu.

Mengulas mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), beliau merayu kepada ibu bapa agar dapat memberikan vaksin kepada anak-anak mereka.

Jelas beliau, ini kerana hanya 30 peratus sahaja daripada golongan tersebut menerima dos pertama dan ia jauh lebih rendah dari sasaran yang ditetapkan KKM.

“Saya merayu kepada ibu bapa bagi anak-anak yang belum lagi menerima PICKids, untuk segera bawa mereka ke pusat pemberian vaksin (PPV) supaya mereka dapat perlindungan dalam fasa kita beralih ke endemik nanti,” ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 1.63 juta janji temu telah diberikan sehingga 3 Februari lalu namun begitu, hanya 1 juta sahaja kanak-kanak dalam golongan tersebut telah mendapatkan suntikan vaksinasi Covid-19.

“Jadi, ada 600,000 lagi yang terima janji temu, tetapi tidak pergi. Jadi, kita akan terus buat kempen untuk menggalakkan ibu bapa yakin dengan vaksin. Vaksin selamat dan boleh melindungi dari kesan buruk Covid-19,” ujarnya.

Just reading the QT here. This is for fully vaccinated inbound travelers as announced by PM @IsmailSabri60. Not positive cases. Positive cases still have to isolate post 1 April. https://t.co/AJ7V228GGW

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) March 9, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here