Home Koronavirus Beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD mulai Khamis

Beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD mulai Khamis

Beberapa lokaliti di Sabah, Pahang dikenakan PKPD mulai Khamis

SHAH ALAM – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari akan dikuatkuasakan di beberapa lokaliti di Sabah dan Pahang bermula Khamis sehingga 25 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PKPD di Sabah akan dilaksanakan di 11 kawasan iaitu tiga di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Kota Belud, Papar, Putatan, Penampang, Ranau, Sipitang, Ranau, Tawau dan Tenom.

“Tiga kawasan di Kota Kinabalu yang dikenakan PKPD ialah Kuarters Kilang J & L, Jalan Kokol, Kampung Gudon di Manggatal dan Kampung Lobou.

“Kawasan lain di Sabah yang dikenakan PKPD ialah Kampung Menunggui, Kota Belud; Kampung Tengah, Kinarut, Papar; Kampung Petagas, Putatan dan Kampung Pogunon, Penampang.

“Selain itu, lokaliti di Kampung Timbua-Kembiroi-Lobou Baru, Ranau; Kampung Batu 1, Sipitang; Kampung Bukit Kukusan, Tawau dan Kampung Batu-Batu, Tenom turut dikenakan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hishammuddin berkata, bagi Pahang pula, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah di Felda Jengka 25, Temerloh.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengumumkan perlanjutan PKPD di beberapa kawasan di tiga buah negeri iaitu Sabah, Pahang dan Kelantan.

Jelas beliau, ia selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di kawasan tersebut.

“Antara kawasan yang dilanjutkan PKPD di Sabah ialah Bandar Sierra, Kampung Kalasanan, Kampung Pulau Penampang, Bandaran Segama, Taman Bukit Setia, Taman Putera Jaya di mana kesemua lokaliti ini di Kota Kinabalu.

“Untuk Pahang, kawasan terlibat ialah Felda Jengka 7, Maran, manakala di Kelantan ialah Ladang Kerilla, Tanah Merah.

“Kesemua kawasan ini akan dilanjutkan PKPD dari 12 Ogos sehingga 25 Ogos,” jelas beliau.

Tambah Hishammuddin, kerajaan turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di beberapa lokaliti di Sabah dan Johor seperti yang dijadualkan pada Rabu.

Bagi Sabah, katanya, ia melibatkan 21 kawasan iaitu lima di Kota Kinabalu, selain Penampang (lapan), Beaufort (empat) Tawau (tiga) dan Kinabatangan (satu).

“Lima kawasan di Kota Kinabalu yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Unggun, Lorong Cina 1, 2 dan 3, Kampung Tebobon, Plaza Kingfisher dan Polytechnic Commercial Centre.

“Untuk Penampang, lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Country Height Fasa 1, Cyber City Fasa 1, Kampung Nabangkung, Kampung Ramayah, Taman Vista Kiranau, Kampung Sarapung Kolopis, Vista Minitod dan Kampung Tuunon.

“Bagi kawasan lain di Sabah yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Lumadan, Kampung Kebulu Petani, Kampung Beaufort Selatan,Taman Arjuna, Beaufort, Kampung Blok 31, Kampung Tanjung Batu Darat, Kampung Darat Inderasaba, Tawau dan Perumahan Ladang Tinabau, Kinabatangan,” katanya.

Beliau berkata, untuk Johor pula, kawasan yang terlibat ialah Kampung Pertanian dan Kampung Separa, Mukim Senai, Kulai serta Asrama Pekerja Tapak Bina Taman Bukit Perdana, Kluang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here