Home Koronavirus Angka korban Covid-19 meningkat di Indonesia

Angka korban Covid-19 meningkat di Indonesia

0
Angka korban Covid-19 meningkat di Indonesia

JAKARTA – Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat Covid-19, selepas merekodkan 1,449 kematian pada Khamis.

Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Khamis, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 79,032 orang.

Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 402 kematian, diikuti Jawa Timur (270), Jakarta (194) dan selebihnya di provinsi lain.

Kes baharu Covid-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 49,509 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,033,339 kes, dengan sebanyak 561,384 pesakit aktif (dirawat). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here