Home Koronavirus 99.9 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak tahap satu, dua

99.9 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak tahap satu, dua

0
99.9 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak tahap satu, dua

KUCHING – Sebanyak 99.9 peratus daripada 2,929 kes baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak hari ini tidak bergejala dan bergejala ringan, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak menerusi satu kenyataan memaklumkan, daripada jumlah kes baharu itu, 1,959 kes merupakan kategori satu (tiada gejala) dan 967 kes kategori dua (gejala ringan) manakala hanya 0.01 peratus iaitu tiga kes merupakan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen).

Sementara itu, lapan daerah mencatatkan jumlah kes baharu tiga digit dengan Kuching mencatatkan 747 kes, Sibu (327), Bintulu (311), Serian (286), Miri (137), Saratok (116), Sri Aman (112), Samarahan (108).

Sebanyak 21 daerah mencatatkan jumlah kes baharu dua digit antara 11 dan 93 kes manakala 11 lagi daerah mencatatkan antara satu dan lapan kes.

Angka kematian akibat Covid-19 pula meningkat kepada 669 orang apabila 10 kematian dilaporkan melibatkan individu berumur antara 29 hingga 82 tahun, dengan sembilan daripada mereka mempunyai sejarah penyakit. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here