Home Koronavirus 73,710 dos vaksin Covid-19 dibawa masuk dari Singapura ke Johor

73,710 dos vaksin Covid-19 dibawa masuk dari Singapura ke Johor

0
73,710 dos vaksin Covid-19 dibawa masuk dari Singapura ke Johor

JOHOR BAHRU – Sejumlah 73,710 dos vaksin Covid -19 Pfizer-BioNTech dibawa masuk dari Singapura melalui Tambak Johor, pada Ahad.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kemasukan vaksin pertama ke negeri Johor itu membolehkan proses vaksinasi di negeri dijalankan mengikut jadual ditetapkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Terdapat empat pusat simpanan vaksin (PSV) diwartakan di Johor dengan 54 lagi adalah pusat pemberian vaksin (PPV).

“Kementerian akan mula proses vaksin untuk barisan hadapan di Johor secara berperingkat mulai minggu ini,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sinar Harian melaporkan sebahagian daripada dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech selamat dibawa masuk dari Singapura dan diserahkan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Seri Adham Baba di Tambak Johor kira-kira jam 2 petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Johor terima vaksin di bawa masuk dari Singapura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here