PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Kes positif Covid-19 kekal menghampiri 7,000 pada hari kedua berturut-turut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 6,982 individu dikesan positif Covid-19 di seluruh negara.
Selangor melaporkan 2,907 kes baharu diikuti Negeri Sembilan (606), Johor (517), Sarawak (440), Pahang (329), Kedah (257), Sabah (230), Melaka (202), Perak (182), Labuan (131), Kelantan (129), Putrajaya (20).
“Tiada kes baharu direkodkan di Perlis,” katanya pada Jumaat.
Pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 765,949 kes.
Negara merekodkan 6,988 kes baharu Covid-19 pada Khamis.