SHAH ALAM – Malaysia merekodkan 6,075 kes Covid-19 hari ini dan ia merupakan yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku tahun lalu.
Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitternya.
Selangor menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 2,251 kes.
Berikut merupakan pecahan kes bagi setiap negeri:
Selangor: 2,251 kes
Sabah: 160 kes
Johor: 699 kes
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 660 kes
Sarawak: 323 kes
Pulau Pinang: 183 kes
Negeri Sembilan: 189 kes
Kelantan: 441 kes
Perak: 220 kes
Kedah: 445 kes
Melaka: 122 kes
Pahang: 150 kes
Terengganu: 203 kes
WP Labuan: 14 kes
WP Putrajaya: 9 kes
Perlis: 6 kes