KUALA LUMPUR – Seramai 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak Covid-19 setakat Ahad.
Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,791,409 individu atau 88.7 peratus telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,869,275 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 69,601 dos vaksin diberikan pada Ahad meliputi 16,325 dos pertama, 759 dos kedua dan 52,517 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,985,709 dos.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, sembilan kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Ahad dengan empat di Johor manakala satu kematian direkodkan masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu. – Bernama