Home Koronavirus 37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

0
37 peratus populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 37 peratus atau 12,079,978 populasi negara ini telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 setakat Khamis, demikian menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi perkongsian infografik dalam Twitter rasminya memaklumkan setakat Khamis juga, seramai 17,806,570 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 29,886,548 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 517,692 dos diberikan pada Khamis dengan 180,810 adalah dos pertama manakala 336,882 merupakan dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 19 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/knIWt7Q0z8

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 19, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here