Home Koronavirus 3,537 kes baharu Covid-19, lapan kematian

3,537 kes baharu Covid-19, lapan kematian

0
3,537 kes baharu Covid-19, lapan kematian

Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 3,537 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Ia menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,975,473 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak lapan kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan termasuk satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,628 kes.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 27,213 kes, dengan 25,127 atau 92.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tujuh pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala seramai 1,978 pesakit ditempatkan di hospital dengan 101 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here