Home Koronavirus 3,510 tentera di Sarawak terima dos pertama vaksin Covid-19

3,510 tentera di Sarawak terima dos pertama vaksin Covid-19

0
3,510 tentera di Sarawak terima dos pertama vaksin Covid-19

KUCHING – Sejumlah 3,510 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysi (TUDM) di Sarawak menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada Jumaat.

Program Imunisasi Covid-19 yang dianjurkan oleh Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia bertempat di Dewan Bukavu, Kem Penrissen itu dimulakan dengan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNtech, kira-kira jam 10 pagi.

Dzulkafli berkata, sebanyak 7,020 dos vaksin fasa pertama telah diterima bagi memenuhi keperluan dos pertama dan kedua dengan keutamaan diberikan kepada pegawai dan anggota yang menjalankan tugasan kesihatan, berada di zon merah, bertugas di kawasan operasi di sempadan Malaysia-Indonesia serta yang berada di markas.

“Program ini juga diadakan serentak di Sibu, Bintulu dan Miri dan kesemua vaksin telah dihantar tadi ke tiga-tiga lokasi terbabit menggunakan pesawat TUDM CN235 dari Pangkalan Udara Kuching,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Program itu merupakan usaha Markas Pemerintahan Medan Timur TDM untuk menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bertujuan membentuk imuniti kelompok dalam kalangan komuniti dan seterusnya memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here