Home Koronavirus 32,800 kes baharu Covid-19, 76 lagi kematian dilaporkan

32,800 kes baharu Covid-19, 76 lagi kematian dilaporkan

0
32,800 kes baharu Covid-19, 76 lagi kematian dilaporkan

SHAH ALAM – Sebanyak 32,800 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada 3,774,786.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 76 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan 21 daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID) menjadikan jumlah keseluruhannya kes BID sebanyak 6,995.

Selain itu, jumlah kes aktif kini berjumlah 322,700, meningkat lapan peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 24,444 dan sebanyak 380 kes di unit rawatan rapi (ICU) melibatkan 380 kes dengan kadar penggunaan keseluruhan bagi kes Covid-19 sebanyak 43.4 peratus.

Sepanjang minggu lalu, purata 77 orang meninggal dunia setiap hari akibat Covid-19, manakala 52 orang meninggal dunia setiap hari dalam tempoh 30 hari.

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 33,643 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negara.

Sebanyak 894 kematian Covid-19 dilaporkan berlaku pada bulan ini berbanding 771 kematian pada bulan lepas dan 491 kematian pada Januari.

Malaysia mencatatkan kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 997 kematian bagi setiap sejuta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.

Jumlah kematian tertinggi dilaporkan di Kedah (15), diikuti Selangor (14), Perak (10), Johor (lapan), Negeri Sembilan (lima), Sabah (lima), Kuala Lumpur (empat), Perlis dan Pulau Pinang masing-masing tiga kes, Kelantan, Melaka, Pahang dan Sarawak pula masing-masing dua kes manakala Terengganu mencatatkan satu kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here